Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) (Maklumat Palsu) Bersama Komuniti Kampung Surau

26 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) (Maklumat Palsu) Bersama Komuniti Kampung Surau. Taklimat ini berlansung di Tabika KEMAS Bangunan Khas Kampung Surau dan disertai seramai 30 orang peserta dari pelajar dan komuniti sekitar Kg Surau. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada komuniti sekitar. Menerangkan kebaikkan dan keburukkan internet. Serta dapat mengetahui dengan lebih luas tentang internet. Staff NADI juga berkongsi mengenai maklumat palsu kempen keselamatan ICT kepada pelajar sekolah serta menyediakan soalan-soalan berkaitan dengan taklimat yang diberikan. Selain itu, staff NADI memberi taklimat mengenai Maklumat Palsu. Akhir sekali, mengadakan kuiz kahoot untuk melihat tahap kefahaman para komuniti. Taklimat seperti ini dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali